Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 6, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kemenangan yang diharapkan skuad bawah 23 negara (B-23) pada perlawanan persahabatan pemanas badan Sukan Asia menentang Yaman tidak kesampaian apabila tewas 1-0, sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Shah Alam itu, skuad B-23 negara kendalian Datuk Ong Kim Swee bermula agak perlahan dengan Yaman lebih banyak menguasai permainan pada babak pertama dengan beberapa peluang dicipta namun gagal mencetus jaringan.

Sekalipun lebih menguasai babak kedua, namun ketumpulan jentera serangan skuad B-23 negara menyaksikan gawang Yaman yang dikawal Saoud Al Sowadi terselamat.

Peluang terbaik negara untuk menyumbat gol hadir menerusi Zubir Azmi pada minit ke-58 namun rembatan voleynya terkena palang sekalipun Saoud sudah pun tertewas.

Ia diikuti cubaan daripada penyerang PDRM, Ashri Chucu pada minit ke-69 sebelum cubaan Amirul Hisya, seminit kemudian meliar ke kiri gawang Yaman.

Dan ketika sedang rancak menyerang, serangan balas Yaman berjaya menghasilkan gol hasil jaringan.

Gol Yaman hadir menerusi pemain gantian, Mohd Fuad pada minit ke-80 menerusi tandukan selepas tidak mensia-siakan hantaran cantik dari luar kotak penalti Akram Al Worafi menewaskan Mohd Farhan Abu Bakar.

Untuk rekod, skuad kebangsaan negara pernah menewaskan pasukan sama dua kali ketika perlawanan kelayakan Piala Asia.

Perlawanan ini menjadi medan ujian buat Kim Swee dalam rangka menyiapkan pasukan sebelum mengharungi kempen Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan.

Ribuan peminat hadir menyaksikan perlawanan terbabit dengan gemuruh sokongan terus kedengaran sekalipun Harimau Muda tewas. – BH Online

0 comments:

Post a Comment