Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 17, 2014

No Comment

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Gan Kong Meng. - Foto Mohd Yusni Ariffin
KUALA LUMPUR: Tiga guru termasuk seorang guru wanita ditahan semalam dan tengah malam tadi berkaitan siasatan kes kebocoran kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

Seorang guru lelaki berusia 34 tahun ditahan pada kira-kira jam 8 malam tadi di Seremban dan seorang lagi guru lelaki, 36, ditahan pada jam 12.15 tengah malam tadi di Mantin, Negeri Sembilan.

Selain itu, seorang guru wanita berusia 24 tahun pula ditahan di Labu pada kira-kira jam 9 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, peralatan komunikasi turut dirampas ketika tangkapan itu.

Ketiga-tiga tangkapan terbaharu itu akan direman di Putrajaya pagi ini. ─ BH Online

0 comments:

Post a Comment