Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 3, 2014



IPOH, 2 Sept (Bernama) -- Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) meminta sebuah stesen televisyen swasta dan sebuah akhbar menarik balik laporan yang mendakwa penyokong Perak terbabit dalam rusuhan di Stadium Negeri, Kuching pada Sabtu lepas.

Presidennya, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata laporan itu memberi kesan buruk bukan sahaja kepada peminat bola sepak negeri malah seluruh rakyat Perak yang menetap di Sarawak.

"Orang sekeliling akan menganggap yang kononnya rakyat Perak ini teruk, suka memukul dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Perlombongan dan Pengkuarian Berhemah di sini hari ini.

Beliau berkata realitinya, sejak awal lagi, PAFA menerima surat daripada Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) yang melarang peminat dan penyokong Perak hadir menyaksikan perlawanan pada Sabtu lepas sebagai langkah keselamatan.

"Kami menghormati keputusan FAS, dan ini jelas menunjukkan bahawa penyokong Perak tidak terlibat dalam provokasi tersebut seperti yang dilaporkan," katanya.

Zainol berkata pihaknya tampil membuat kenyataan itu bagi membetulkan laporan berkenaan kerana ia memberi tanggapan yang buruk kepada PAFA.

Beliau berkata PAFA tidak mahu memanjangkan isu itu kerana ia mengakibatkan hubungan tidak sihat berlaku kepada peminat bola sepak di seluruh Malaysia.

"Kita berada dalam satu negara, bermain dalam liga yang sama, sepatutnya tahap sokongan kita itu adalah berlandaskan kepada kewajaran, bukan atas faktor emosi," katanya.

Beliau berkata secara rasmi, PAFA menghantar laporan insiden berkenaan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Insiden itu tercetus selepas perlawanan berkesudahan seri 1-1, mengakibatkan skuad Ngap Sayot tersingkir dalam kempen Piala Malaysia dan menyaksikan penyokong bertindak agresif dengan masuk ke dalam padang sebelum memusnahkan papan iklan di situ.

Lebih memburukkan keadaan, di luar stadium, sekumpulan penyokong fanatik bertindak membaling sekurang-kurangnya empat suar ke arah deretan kenderaan polis, selain melempar mercun.- BERNAMA

1 comments: