Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 12, 2014

No Comment


Maran – Sepasang suami isteri masing-masing didenda RM9,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku salah memiliki 600 paket rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM977.68, awal tahun ini.

Majistret Rini Triany Mohamad Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Daud Dollah, 41, dan Mastura Mohammad, 34, dan memerintahkan mereka dipenjara tiga bulan, jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, pasangan yang juga pengusaha kedai runcit didakwa melakukan kesalahan itu di Perniagaan D Lapan Belas, No 8, Simpang Jengka 18, Bandar Jengka di sini, pada jam 11.05 pagi 16 Januari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 135 (i)(d) Akta Kastam 1967 dan dihukum mengikut Seksyen (1)(iii)(aa) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai rampasan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Kastam Diraja Malaysia Mohd Khairuddin Niesha Mohd Shafee manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela. – myMetro Online

0 comments:

Post a Comment