Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 16, 2014

No Comment


SEOUL – Polis Korea Selatan, hari ini berkata mereka sedang menyiasat seorang pegawai rasmi delegasi Sukan Asia dari Iran apabila seorang sukarelawan wanita mendakwa dia diganggu secara seksual di sebuah stadium bola sepak berhampiran Incheon.

Lelaki terbabit, yang dihalang daripada meninggalkan negara itu mengakui menyentuh wanita terbabit ketika mengambil gambar bersamanya, Isnin lalu di Stadium Ansan Wa, salah satu daripada venue perlawanan bola sepak.

Begitupun, dia tidak mengetahui tindakannya itu menyalahi undang-undang, kata inspektor polis, Park Min-joo.

“Lelaki itu tidak ditahan pihak berkuasa namun sedang disiasat dan akan disoal lebih lanjut sebelum polis memutuskan sama ada untuk membawa kes itu ke pihak pendakwa untuk kemungkinan dikenakan dakwaan,” kata Park.

Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Incheon, Bruce Lee berkata suspek berusia 38 tahun itu adalah pengurus peralatan untuk skuad bola sepak Iran manakala wanita terbabit ialah pelajar kolej. – AP/ BH Online

0 comments:

Post a Comment