Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 8, 2014

No Comment

Sultan Selangor murka terhadap PKR dan DAP yang menunjukkan kebiadapan terhadap institusi Diraja dan derhaka kepada titah Baginda kerana hantar SATU NAMA untuk pilih Menteri Besar.
Dalam satu kenyataan media pagi Isnin yang dikeluarkan menerusi Setiausaha Sulit Baginda, Datuk Mohamad Munir Bani, beritahu pihak Istana sudah menerima jawapan daripada ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat berkaitan calon Menteri Besar.

"Namun hanya PAS yang akur dengan titah Sultan Selangor dengan menyenaraikan TIGA NAMA calon Menteri Besar. Manakala DAP dan PKR telah masing-masing hanya mengemukakkan SATU NAMA iaitu YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar," kata kenyataan itu.

PKR-DAP telah kemukakan calon satu nama itu menerusi surat bertarikh 27 Ogos 2014

Sultan Selangor amat berasa dukacita dengan DAP dan PKR yang ingkar titah Baginda 27 Ogos.

"Tindakan DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah Sultan Selangor," katanya.

27 Ogos lalu Sultan Selangor melalui titah diraja meminta ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP mengemukakan lebih dua nama sebagai calon MB mewakili parti masing-masing dan menetapkan tarikh akhir pada 3 September lalu.

Bagaimanapun, PKR dan DAP berkeras mahu hanya Wan Azizah sebagai calon MB, sehingga pejabat Sultan Selangor menghantar titah baru kepada PKR pada petang 3 September lalu.

Sehingga kini PKR masih tidak mengemukakan calon lain selain dari Wan Azizah.

Menurut kenyataan itu lagi mengemukakan lebih dua nama merupakan satu amalan/konvensi yang dilaksanakan oleh Sultan Selangor.

"Ini bagi membolehkan Baginda membuat pilihan terhadap bakal Menteri Besar dengan melihat bukan hanya sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri malah dari segi kemahiran, pengalaman, integriti dan kebolehan seseorang ADUN tersebut."

Ciri-ciri ini penting agar perjalanan pentadbiran Selangor berjalan dengan baik dan lancar demi keharmonian rakyat Selangor.

"Sultan Selangor berkeyakinan bahawa ramai calon dari ADUN Pakatan Rakyat yang mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi bagi menerajui Selangor,"katanya.

Buat masa ini Sultan Selangor akan menilai setiap aspek nama calon berdasarkan senarai yang dihantar sebelum buat keputusan.

Dalam pada itu Baginda juga membayangkan kemungkinan melantik calon lain dari kalangan Pakatan Rakyat.

Ini bila kenyataan itu berakhir dengan ayat berkenaan : "Dalam masa yang sama memandangkan kuasa melantik Menteri Besar Selangor terletak pada budi bicara Tuanku Sultan maka Baginda akan meneliti senarai nama-nama ADUN yang lain dari Pakatan Rakyat yang berkelayakan dan pada fikiran Baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri." - 8/9/2014- OLEH HELME HANAFI

Sumber: AgendaDaily.com

0 comments:

Post a Comment