Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 8, 2014

No Comment

Kita biasanya sering kali menuding jari dan berasa marah terhadap orang lain apabila apa yang terjadi bukan menepati keinginan ataupun harapan kita tanpa terdetik di hati yang itu semua ketentuan Ilahi dan bukan rezeki kita.

Menariknya di sini terdapat satu kisah & pesanan dari seorang saudara bernama Abd Ghani Haron melalui facebooknya berkenaan sikap kita. Situasi yang beliau ceritakan adalah ketika di majlis kenduri kahwin.

Kisah dan pesanan beliau berbunyi:

“Ahad lalu pergi satu kenduri kahwin dah agak lewat petang. Saya cuma minum sahaja. Saya lihat tray buffe kekurangan lauk. Ketika minum di meja, seorang yg mengambil makanan datang duduk sekali dengan saya. ”Tak makan ka?” Dia menegur.”Tidak,saya masih kenyang”. Balas saya. ”Tak ada lauk dah. Buat kenduri jemput orang ramai, lauk tak cukup. Malu pada orang, tinggal kuah saja..” Dia merungut.

“Saya rasa kita kena ingat,rezeki itu ditangan Allah, Allah yg menentukan apa yg kita dapat makan. Jika kita datang rumah kenduri, tak dapat makan, maka tiada rezekilah tu. Tuan rumah telah berusaha nak sediakan bagi cukup, mana ada tuan kenduri merancang utk tak cukup. Tetapi Allah menentukan sebahagian orang tak dapat makan,maka tak cukuplah. Jadi bersyukurlah dengan apa yang ada meskipun sekadar kuah dan nasi. Bukan makan itu matlamat hadir kenduri, tetapi memenuhi jemputan dan menjalin ukhwah itu yg lebih utama” Dia terdiam, merah padam mukanya.

“Saya nak mengajak semua pembaca kepada hakikat rezeki ditangan tuhan. Jika pergi kenduri, apa yang tersedia itu rezeki kita, sedap atau tidak, berkenan atau tidak, tinggal kuah dan nasi sahaja ke, itulah rezeki kita. Jangan sesekali bersungut kerana jika kita bersungut, kita sebenarnya merungut takdir tuhan. Tidak ada tuan kenduri yg mahu jamuannya tidak cukup, bahkan cukup atau tidak terletak kpd ketentuan Allah. Jika anda singgah di R & R dan dapati lauk habis, jangan bersungut kata pekedai tak reti berniaga, apa yg ada itulah rezeki kita. Jika balik rumah, dibawah tudung saji hanya ada nasi dan ikan tamban tergeliat (bahasa kedah utk ikan tamban kering) denga sambal belacan makanlah, hanya itu rezeki kita. Jangan diherdik isteri yg memasak. Jika tiada rezeki,lauk dimasak jadi hangit, periok terbalik, ikan dilarikan kucing dan serba macam sebab tuhan akan jadikan.

“Berlapang dadalah sebelum menuding tangan menyalahkan orang lain kerana takut kita tersalahkan tuhan.Jika nak makan sedap,nak makan banyak berusahalah sendiri.Jika hanya nak datang mencedok kedalam pinggan,bersyukurlah dg apa yg ada.Bukankah ini lebih baik,anda pulang dari jamuan dengan rasa lega dan reda,moga tuhan juga meredai. Sabda nabi yg bermaksud janganlah mengeji makanan, makan apa yg kita suka, tinggalkan yg tidak suka. Apa yg tidak dapat disuap ke mulut kita itu adalah bukan rezeki kita. Kalau tak elok pada mata kita, tak sedap pada lidah kita, tinggalkan dan jangan merungut, kerana anda mungkin merungut pada rezeki yg Allah beri.”

Itulah dia pesanan yang amat mendalam serta bermakna bagi kita yang sukar untuk bersyukur. ─ SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment