Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 1, 2014

No Comment
Lokasi mayat kanak-kanak itu ditanam selepas dibunuh.
BUKIT KATIL - Sepasang kekasih sanggup menanam anak mereka di belakang rumah apabila kanak-kanak berusia dua tahun itu tidak lagi bernafas selepas ditekup mulutnya, di sebuah rumah teres di Taman Bayan, di sini.

Perbuatan kejam yang dirahsiakan selama enam bulan itu bagaimanapun terbongkar selepas pasangan terbabit ditahan sepasukan polis berkaitan dadah dalam serbuan di sebuah rumah kira-kira jam 2 pagi di Sungai Mati, Muar, Johor, semalam.

Menurut sumber, rangka kanak-kanak lelaki yang dibalut dengan kain batik ditemui ditanam di dalam tanah yang sudah hitam seperti terbakar di dalam lubang sedalam kira-kira 0.3 meter di belakang rumah teres dua tingkat itu.

“Siasatan awal mendapati suspek lelaki itu, terbabit dalam kes curi kenderaan milik bapa saudaranya, seorang pesara tentera berusia 50-an, yang turut memberi keterangan memaklumkan cucu saudaranya itu dipercayai dibunuh suspek.

“Bapa saudara suspek memberikan maklumat itu selepas ibu kanak-kanak berkenaan yang pada awalnya mengaku anaknya dijaga ibu saudara, membongkar tindakan kejam kekasihnya dengan menceritakan kejadian sebenar selepas didesak,” katanya.

Menurutnya, suspek mendakwa mangsa ditanam di belakang rumah Februari lalu selepas tinggal bersama di rumah yang disewa sejak awal 2014.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Abu Bakar berkata, suspek berusia 25 tahun dan pasangannya berusia 24 tahun itu dibawa ke lokasi untuk membantu siasatan.

“Rangka mangsa ditemui di dalam tanah yang ditanam berhadapan pintu belakang rumah itu selepas ia digali semula sepasukan anggota jam 7 pagi, semalam.

“Rangka itu ditemui berbalut dengan kain batik dan siasatan awal suspek lelaki itu mengaku membunuh anaknya dengan menekup mulut mangsa sehingga lemas,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, punca dan motif kejadian masih disiasat namun kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Sabtu depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, jiran mangsa dikenali sebagai Liza, 30-an, berkata pasangan itu yang menyewa kira-kira sebulan di situ mengaku sudah berkahwin dan kali terakhir dilihat tinggal di rumah terbabit antara Februari sehingga Mac lalu. ─ Sinar Online

0 comments:

Post a Comment