Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 1, 2014

No Comment

BAGHDAD – Tentera Iraq dengan bantuan kumpulan pejuang Syiah semalam berjaya memecahkan kepungan selama dua bulan oleh militan kumpulan Negara Islam (IS) di bandar Amerli dan mula masuk ke bandar berkenaan, kata para pegawai.

Datuk Bandar Amerli, Adel al-Bayati dan para pegawai tentera berkata, tentera Iraq berjaya menumpaskan pejuang IS di timur bandar itu tetapi pertempuran masih berlangsung di bahagian utara.

“Selepas berjaya memecahkan kepungan, tentera Iraq kini memasuki bandar Amerli dan disambut dengan kegembiraan oleh penduduk di situ,” kata Adel.

Tentera Iraq berjaya memecahkan kepungan selepas tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan beberapa serangan udara di kedudukan militan IS berhampiran bandar berkenaan.

Pesawat tentera AS, Britain, Perancis dan Australia juga menjatuhkan bantuan kemanusiaan kepada lebih 180,000 penduduk di bandar itu yang dikepung selama dua bulan.

“Saya boleh melihat kereta kebal milik tentera Iraq berkawal di jalan-jalan raya di bandar Amerli.

“Kami sangat gembira militan IS telah ditewaskan kerana mereka sebelum ini mengancam untuk membunuh kami,” kata seorang penduduk Amerli, Amir Ismael melalui satu panggilan telefon.

Militan IS mengepung Amerli sejak dua bulan lalu selepas gagal menawan bandar berkenaan apabila penduduk di bandar itu yang mempunyai senjata mempertahankan diri.

Kumpulan militan IS kini menguasai sebahagian Iraq dan Syria sejak mula melancarkan penentangan beberapa bulan lalu. – Reuters

0 comments:

Post a Comment