Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 1, 2014


Kota Bharu –  Cubaan tiga lelaki menyeludup empat senjata api termasuk raifal jenis M-16 di sempadan berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa di kawasan Pos Pisau Raut, Kuala Jambu, Tumpat, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, senjata berkenaan dirampas oleh pegawai dan anggota Batalion Ke-5 Rejimen Sempadan, Kem Bukit Kayu Hitam yang sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun semua suspek dapat melarikan diri.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, ketika kejadian pasukan terbabit yang menjalankan tugas rondaan di tebing Sungai Golok melihat perahu yang dinaiki tiga lelaki menghampiri kawasan berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, dua lelaki kemudian dilihat turun dari perahu dengan memikul guni.

“Sebaik menyedari kehadiran pasukan keselamatan dua lelaki terbabit yang berada di daratan tebing sungai yang bersempadan melarikan diri sambil memikul guni dan berenang ke perahu.

“Pasukan terbabit sempat mengejar lelaki terbabit dan berjaya menarik guni itu namun suspek berjaya melarikan diri dengan terjun semula ke sungai.

“Pemeriksaan terhadap guni itu membawa kepada penemuan selaras colt M-16, selaras colt 60 V T model M-16 dan selaras M4 yang dileraikan, manakala satu lagi raifal jenis AK 47 dalam keadaan lengkap,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, sebentar tadi. – Harian Metro

0 comments:

Post a Comment