Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 9, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung krisis berpanjangan membabitkan perlantikan menteri besar yang baharu bukan perbuatan jenayah.

Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Abdul Aziz Bari berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, penderhakaan terhadap Sultan tidak menjadi satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut proses undang-undang.

“Derhaka bukan satu kesalahan. Tak seperti di Thailand kerana mereka ada satu akta, sesiapa yang dianggap kurang ajar ataupun biadap kepada raja boleh di hukum.

“Itu undang-undang mereka, tapi di Malaysia tidak ada. Jadi itu hak pihak yang berkenaan untuk menderhaka (menghukukm) sesiapa supaya menjadi ‘katak’ atau apa sahaja,” katanya di sini.

Kenyataannya itu dilihat merujuk kepada perkembangan terbaharu politik di Selangor apabila Sultan Sharafuddin menzahirkan kedukaan baginda terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang mengingkari titah supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon untuk dipertimbangkan ke jawatan menteri besar.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel forum terbuka bertajuk ‘PAS Campur Umno: Ke Mana Halatuju?’ anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada Isnin malam.

Abdul Aziz menjawab kepada soalan penonton yang bertanya mengenai kuasa yang dimiliki oleh Sultan Selangor mengikut Perlembagaan dalam melantik seorang menteri besar.

Mengulas lanjut Abdul Aziz berkata, mengikut Perlembagaan Persekutuan dan amalan demokrasi, tidak wujud istilah ‘kuasa mutlak’ oleh seseorang raja atau sultan.

“No such thing as absolute power sebab kita mengamalkan demokrasi. Dalam demokrasi tidak ada apa yang dikatakan kuasa mutlak. Saya fikir dalam Islam pun tak ada kuasa mutlak.

“Jadi dari mana kuasa mutlak ini (timbul)? Apa asasnya?” soalnya yang dilihat merujuk kepada kuasa budi bicara Sultan Selangor dalam perlantikan menteri besar.

Sebelum ini Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, titah baginda supaya setiap parti Pakatan Rakyat mengemukakan lebih daripada dua calon adalah benar mengikut Perlembagaan.

Menurut Mohamad Munir ia selaras dengan diperuntukan di bawah Perkara LI (1), Perkara LII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang menyebut Duli Yang Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan seorang menteri besar yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun Abdul Aziz ternyata tidak bersetuju dengan titah Sultan Selangor berhubung permintaan supaya mengemukakan lebih banyak nama calon berbanding hanya satu calon tunggal iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail seperti yang dilakukan PKR dan DAP sebelum ini.

Katanya, pihak istana seharusnya tidak mencampuri urusan parti politik termasuk dalam perlantikan dan proses penggantian ketua eksekutif negeri mahupun Persekutuan.

“Di selangor sudah ada 30 orang Adun (menyokong Dr Wan Azizah) dengan SD (Akuan Bersumpah). Apa lagi (yang diperlukan)? Pertama kali dalam sejarah Malaysia orang menyatakan sokongan majoriti dengan SD.

“Bila tuanku mengeluarkan perintah mahukan nama lain, pada saya ini tidak ada…ini salah dari segi Perlembagaan. Yang mutlak hanya Allah. Manusia biasa tak kira sesiapa boleh buat salah, dan pada saya mintak nama (lain) setelah Dr Wan Azizah ada 30 majoriti itu salah.

“Sekarang di Selangor, (sultan) perlu mendengar parti (yang mempunyai) majoriti kerana (proses) menentukan kerajaan adalah kerja parti,” katanya. - mStar Online

0 comments:

Post a Comment