Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 5, 2014


Tindakan seorang kakitangan POS Malaysia Berhad di Kenyalang Park, Sarawak telah mendapat pujian dari orang awam kerana kesanggupannya berurusan dengan pelanggannya yang kurang upaya di keretanya.

Pelanggan kurang upaya tersebut, yang tidak mampu berjalan dan mempunyai masalah penglihatan dikatakan datang ke cawangan POS Malaysia di sana bersama anaknya untuk urusan ASB.

Setelah mengetahui yang pelanggan itu seorang yang kurang upaya, kakitangan POS Malaysia yang bernama Rajeshperi itu terus pergi ke kereta pelanggannya, membawa cop untuk memudahkan urusan pelanggannya itu. Dengan cara itu, pelanggannya tidak perlu bersusah payah untuk turun dari kereta.

Inilah yang patut menjadi contoh kepada pekerja-pekerja dan orang awam di luar sana. Jika ternampak orang kurang upaya, tolonglah, jangan dipandang jelik - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment