Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 1, 2014

No Comment


KUALA TERENGGANU - “Ketika itu dalam fikiran Tokki hanya nak memadamkan api, Tokki langsung tidak fikir keselamatan diri walaupun semasa itu api sedang marak.”

Demikian kata Umar Abdullah, 86, mangsa kebakaran di Kampung Gedung, Pulau Bahagia, Manir, di sini, semalam.

Menurutnya, dia sangat bersyukur kerana jirannya bertindak cepat dan nekad menariknya keluar dari rumah apabila melihat api semakin marak.

Dalam kebakaran kira-kira jam 11.45 pagi itu, rumah milik datuk kepada 40 cucu itu musnah sama sekali menyebabkan warga emas itu dan pasangannya Minah @ Sani Ali @ Awang Hitam, 76, kini tinggal sehelai sepinggang.

Menceritakan detik kejadian, Umar berkata, semasa kejadian, dia sedang tidur di atas bangku di ruang tamu rumah, manakala isterinya pula berada di Kelantan.

“Tokki terjaga dari tidur selepas terhidu bau hangit dan bergegas ke dapur untuk periksa, tetapi tak ada apa-apa.

“Bagaimanapun, sejurus masuk semula ke dalam rumah, Tokki nampak api sedang marak membakar dua buah perabot di dalam salah sebuah bilik,” katanya.

Menurutnya, panik dan terkejut melihat situasi itu, dia segera mengambil air di dapur dan cuba memadamkan kebakaran itu tanpa langsung memikirkan keselamatan diri sendiri walaupun ketika itu api sedang marak menjilat hampir sebahagian rumahnya.

“Ketika itu, Tokki hanya fikir untuk melihat api itu padam sebelum tiba-tiba Tokki rasa badan ditarik dari belakang dan jiran membawa Tokki keluar dari rumah.

“Dalam kelam kabut, Tokki tak sempat ambil barang berharga termasuklah wang tunai RM5,000 yang disimpan,” katanya.

Jelasnya, walaupun terpaksa menanggung kerugian, dia bersyukur kerana tiada kejadian buruk berlaku dan reda dengan ujian ALLAH SWT.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Pegawai Bomba Kanan 11 Fauzi Muda berkata, seramai 16 anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan mengenai kebakaran itu kira-kira jam 11.53 pagi.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, api sedang marak membakar keseluruhan rumah jenis separuh kekal itu sebelum api berjaya dikawal beberapa minit kemudian.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Buat masa ini, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment