Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 9, 2014

No Comment

MACHANG – Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan bakal diberi kuasa autonomi tahun ini dalam usaha untuk memantapkan lagi tadbir urus institusi itu ke arah melonjakkan kecemerlangan pelajar.

Rektornya, Datuk Dr Hilmi Ab Rahman berkata dengan kuasa autonomi itu juga kampus tersebut bakal melaksanakan konvokesyen pada Mei tahun hadapan yang membabitkan antara 1,200 dan 1,500 pelajar.

“Kuasa autonomi itu juga akan memberi kebebasan kepada kampus negeri untuk memperkasakan kualiti aspek-aspek akademik, pengurusan dan sebagainya.

“Bila diberi status autonomi ini, kita akan melaksanakan proses lengkap dan tidak boleh lagi berfikiran sebagai sebuah kampus cawangan dan antaranya majlis konvokesyen pelajar,” katanya kepada pemberita ketika di temui di sini, hari ini.

Katanya, setakat ini keputusan mengenai perkara tersebut telah diumumkan di peringkat Senat dan hanya menunggu surat rasmi status autonomi.

Hilmi berkata, langkah itu akan membabitkan penambahan kursus di mana lebih banyak bidang yang akan ditawarkan di kampus ini, katanya.  – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment