Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 12, 2014


SEREMBAN: Undang Luak Jelebu Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Musa Wahab, 77, meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) pada kira-kira 7.30 malam hari Khamis.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Jalaluddin Alias berkata Musa meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berada di rumahnya di Gedong Lalang, Ampangan di sini.

"Undang Luak Jelebu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS)," katanya.

Beliau berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Balai Undang Luak Jelebu (kediaman rasmi) di Kuala Klawang, malam ini dan akan dikebumi selepas solat Zohor, esok.

Antara yang menziarahi jenazah Allahyarham di HTJS ialah Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman, Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Yusof Ahmad, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Zailan Adnan. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment