Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 15, 2014



KUALA LUMPUR – Dua daripada empat orang guru yang ditahan petang semalam berhubung siasatan kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan direman hari ini jika kertas siasatan tidak dapat dilengkapkan dalam tempoh 24 jam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng, berkata dua orang guru lagi dibebaskan atas jaminan polis selepas diambil keterangan mereka.

“Daripada empat orang yang ditahan, dua orang masih ditahan untuk siasatan lanjut dan sekiranya siasatan tidak dapat dilengkapkan dalam masa 24 jam, mereka akan direman esok di Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Petang semalam, polis menahan tiga guru di Pulau Pinang dan seorang lagi di Parit Buntar, Perak susulan siasatan kes itu. - BH Online

0 comments:

Post a Comment