Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 11, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR: Golongan guru dinasihatkan tidak bersubahat dengan pihak yang membocorkan kertas peperiksaan, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan.

Hashim turut menyifatkan golongan pendidik yang berbuat demikian sebagai tidak jujur dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.

“Kita tidak mahu guru bersubahat dengan penjenayah. Orang yang bocorkan kertas soalan ini pada kita, kita anggap dia sebagai penjenayah (kerana) tidak jujur, tidak ikhlas dan tidak berintegriti.

“Pada bungkusan tersebut telah dinyatakan setiap kertas soalan itu sulit, bermaksud tidak boleh disebarkan kepada siapa-siapa (yang tidak berkenaan).

“Kalau guru juga menjadi agen penyebaran maklumat tersebut dan didapati terbukti memang guru terlibat secara langsung dalam perkara ini maka mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib,” katanya kepada Astro Awani

Dalam pada itu, NUTP sedia bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan untuk menyiasat jika terdapat guru yang terlibat secara langsung atau bersubahat dalam pembocoran soalan peperiksaan itu.

Pada masa sama, Hashim juga menyarankan pihak berkuasa agar mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan kertas peperiksaan bagi mengelak perkara sebegini berulang kembali.

Hashim memberikan reaksinya susulan penangguhan peperiksaan Kertas Sains yang dijadual diduduki oleh lebih 470,000 calon UPSR pada Khamis.

Ini bukan kali pertama kejadian seumpamanya berlaku. Pada tahun lepas, peperiksaan kertas Matematik dan Matematik Tambahan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didakwa dibocorkan dalam sebuah seminar persiapan menjelang peperiksaan di Kuala Lumpur.

Siasatan polis bagaimana pun mengesahkan dua kertas soalan itu tidak bocor sebaliknya seminar itu yang dianjurkan beberapa hari sebelum peperiksaan SPM hanya membincangkan kertas soalan tahun-tahun lepas serta beberapa soalan ramalan.

0 comments:

Post a Comment