Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 9, 2014

No Comment

BESUT – Hadiah seekor lembu untuk dibuat kenduri menanti mana-mana sekolah di Hulu Besut yang lebih 15 pelajarnya mencatat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Hulu Besut Nawi Mohamad berkata hadiah itu sebagai insentif kepada pihak sekolah bagi melahirkan murid yang bersungguh-sungguh dalam menduduki UPSR bermula hari ini.

“Mana-mana sekolah yang mampu mencapai lebih 15 orang memperoleh keputusan 5A boleh mendapatkan hadiah tersebut daripada saya sebaik sahaja keputusan dikeluarkan sebelum cuti akhir tahun nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pelajar tahun enam dan guru Sekolah Kebangsaan Alor Keladi dalam satu perhimpunan sebelum pelajar berkenaan memasuki dewan peperiksaan hari ini.

Sejumlah 3,171 calon daripada 55 buah sekolah di daerah Besut menduduki UPSR kali ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment