Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 4, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU- Hanya disebabkan tidak berpuas hati dengan kata-kata yang diluahkan melalui Whatsapp, seorang wanita dipercayai nekad menyerang bekas adik ipar di kediaman bekas mertuanya, dalam satu kejadian di Kampung Raja Baram, Chendering, di sini, Isnin lalu.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 petang, suspek 20-an dengan ditemani adik perempuannya telah datang ke rumah bekas keluarga mertuanya bertujuan menyelesaikan masalah berhubung kata-kata yang dilemparkan melalui Whatsapp oleh mangsa, 25, sebelum ini.

“Ketika itu, mangsa dipercayai sedang berehat bersama kedua orang tuanya sebelum dikejutkan dengan kehadi-ran suspek yang terus menyerangnya dengan menampar pipi sehingga dia terjatuh.

“Tidak cukup dengan itu, suspek bertindak lebih agresif dengan menendang perut mangsa tanpa belas kasihan, bagaimanapun, bekas ibu mertuanya menghalang suspek daripada terus menerus membelasah mangsa,” katanya.

Namun kata sumber, semasa mangsa cuba bangun untuk menyelamatkan dirinya, adik suspek pula masuk campur dengan bertindak memukul kepala mangsa menggunakan kayu yang dibawa bersama.

“Dalam keadaan menahan kesakitan, mangsa menggagahkan diri lari masuk ke dalam bilik bagi menyelamatkan dirinya daripada terus dibelasah.

“Suspek dan adiknya masih tidak berpuas hati dan nekad mengejar mangsa sebelum tindakan mereka itu dihalang oleh bekas bapa mertuanya yang juga secara kebetulan ada di rumah semasa kejadian,” katanya.

Katanya lagi, suspek bersama adiknya mula beredar meninggalkan rumah berkenaan beberapa minit kemudian selepas berlaku pertelingkahan mulut antara dia dan bekas kedua mertuanya.

Susulan kejadian, mangsa dipercayai telah mengalami kecederaan di bahagian kepala; muka; lebam di mata serta sakit di badan dan menerima rawatan susulan di Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ), di sini.

Mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Chendering, di sini, selepas kejadian dan difahamkan kedua-dua beradik berkenaan berjaya ditahan malam kelmarin di kediaman mereka.

Sementara itu, Pendaftar Mahkamah Sesyen, Majistret Rusila Nik, semalam, membenarkan kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula semalam untuk disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

0 comments:

Post a Comment