Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 10, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan menerima menghadap perpisahan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud di Istana Negara.

Rodzali, 59, yang mula berkhidmat dengan TUDM pada 1973 akan bercuti mulai Sabtu ini sebelum bersara 12 Mac tahun depan (2015).

Anak kelahiran Besut, Terengganu ini memegang jawatan sebagai panglima TUDM pada 1 Sept 2009 dan pernah menerima anugerah tertinggi angkatan tentera iaitu Panglima Gagah Angkatan Tentera.

Penyerahan tugasnya kepada panglima TUDM yang baharu akan diadakan pada satu majlis di Pangkalan TUDM Kuantan, Pahang. Jumaat ini (12 Sept). – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment