Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 9, 2014

4 comments

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 14 telah cedera selepas satu letupan di hadapan Sun Complex di Jalan Bukit Bintang hari Khamis.

Polis berkata mereka menerima maklumat berkenaan letupan berhampiran pub sekita jam 4.30am. Sekurang-kurangnya 4 buah kereta terkena letupan tersebut.

Difahamkan letupan itu datang dari bawah sebuah kereta yang diletakkan di kawasan itu. Satu lagi alat letupan yang tidak meletup, dipercayai bom tangan, ditemui di bawah kereta lain.

Difahamkan dua objek letupan telah dibuang di tempat kejadian dari tingkat dua sebuah bangunan.

Menurut laporan The Star, antara mangsa yang tercedera ialah dalam lingkungan umur antara 22 dan 40, termasuk dua wanita, telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tung Shin berhampiran.

Kereta-kereta yang terkena letupan termasuk Toyota Vellfire, Camry, Mazda dan siri BMR 5. - Siakapkeli.com


4 comments:

  1. x apa malaysia masih aman kata menteri2

    ReplyDelete
  2. wtf la Malaysia ni. Dulu dari penjenayah pakai parang sekarang pakai senjata api. Tu kira teruk tapi tak sangat la. Dah ni pakai bom tangan apa cer la. Tak apa nanti tunggu dua tiga tahun nanti polis kejar pakai kereta dia keluarkan bazooka pulak.

    ReplyDelete