Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 14, 2014

No Comment

KOTA TINGGI – Tiga dijumpai lemas, manakala sekurang-kurangnya 10 masih hilang apabila bot dinaiki pendatang asing tanpa izin (PATI) karam di perairan pantai Sungai Tengah, Bandar Penawar, dekat sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah malam itu, 29 lagi PATI ditahan ketika bersembunyi di hutan berhampiran pantai berkenaan.

Jurucakap polis berkata, kejadian disedari sekumpulan anggota tentera yang sedang meronda pantai berkenaan apabila mendengar suara orang meminta tolong.

Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian, mereka berjaya menahan beberapa PATI sebelum dimaklumkan bahawa bot yang dinaiki kumpulan berkenaan untuk pulang ke Batam, Indonesia, karam.

“PATI itu memaklumkan bahawa bot itu dinaiki antara 40 hingga 45 orang,” katanya.

Jurucakap polis berkata, pemeriksaan lanjut menemui mayat dua wanita dan seorang lelaki terdampar di pantai terbabit.

Susulan itu, katanya, seramai 29 PATI ditahan di kawasan hutan berhampiran pantai dan usaha masih dijalankan bagi mengesan baki penumpang bot berkenaan. – BH Online

0 comments:

Post a Comment