Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 22, 2014

No Comment

KUCHING – Seorang anggota polis trafik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini terhadap pertuduhan meminta dan menerima suapan sebanyak RM1,500 pada 2013.

Tertuduh, Sarjan Zainudin Samad, 52, yang bertugas di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan, berdepan tuduhan menerima rasuah daripada Rano Paimin, 35, di sebuah kedai makan, di Kota Samarahan, pada 8 Julai, tahun lalu.

Zainudin dituduh menerima suapan sebagai dorongan untuk menyelesaikan kes kemalangan membabitkan Rano yang melakukan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengakibatkan kemalangan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada 20 tahun dan denda tidak lebih daripada lima kali ganda nilai suapan.

Hakim Nixon Kennedy Kumbong menetapkan 17, 20, dan 21 November depan untuk kes dibicarakan. – BH Online

0 comments:

Post a Comment