Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 16, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR: Apple Inc. (AAPL) didakwa secara tidak sengaja mendedahkan ciri dan keperincian terbaru iPad mini 3 nya sebelum tarikh rasmi pengumuman tablet itu.

Imej-imej iPad, iPad Air 2 dan iPad mini 3 diungkap di laman sesawang iTunes pada hari Rabu, sehari sebelum pelancarannya.

Kesilapan ini merupakan sesuatu yang mengejutkan bagi penggemar Apple kerana gergasi teknologi dan komunikasi ini amat terkenal dengan sifat berahsia dan misteri dalam mengumumkan keperincian dan wajah produknya.

Imej-imej itu menunjukkan versi terbaru panduan pengguna Apple untuk iOS 8. Selain daripada sensor jari ataupun TouchID yang ada pada iPhone, rekacipta bentuk dan fizikal terbaru tablet-tabletnya tidak mempunyai banyak perubahan seperti sebelumnya.

Namun, imej-imej yang ditemui oleh sebuah laman sesawang berita teknologi, 9to5Mac itu yang kemudiannya diturunkan, tidak menunjukkan matlumat lengkap dan menyeluruh.

Apple dijangka membuat pengumuman rasmi produk terbarunya itu bersama pengumuman rasmi tarikh pengeluarannya di sidang media pada Khamis bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tim Cook di ibu pejabat Apple di Cupertino, California. - Astro Awani

0 comments:

Post a Comment