Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 2, 2014

No Comment

Petaling Jaya: Seorang perompak menggunakan taktik berpura-pura mahu membeli peralatan menyelam sebelum mengacukan pistol ke arah pekerja kedai.

Dalam kejadian jam 9.40 pagi semalam, suspek berusia 20-an itu tidak mengambil wang sebaliknya melarikan baju renang dan peralatan menyelam dari kedai terletak tingkat satu Wisma Glomac di Kelana Jaya, di sini.

Suspek terlebih dahulu dikatakan berlakon sebagai pelanggan dengan meneliti barangan serta peralatan menyelam dijual di dalam premis itu.

Pemilik kedai berusia 30-an yang enggan namanya didedahkan berkata, lelaki itu tiba-tiba mengacukan pistol dan mengarahkan pekerja wanita tidak melawan dan mendiamkan diri.

Menurutnya, kejadian itu berlaku terlalu pantas dan lelaki terbabit terus mengambil beberapa helai baju renang dan peralatan untuk menyelam sebelum terus melarikan diri.

“Pekerja saya memberitahu kejadian itu berlaku hanya dalam tempoh 10 minit dan suspek terus melarikan diri.

“Mujur pekerja saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Saya bagaimanapun mengalami kerugian hampir RM10,000,” katanya.

Bimbang kejadian berulang dia membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. ─ myMetro online

0 comments:

Post a Comment