Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 6, 2014

No Comment


PELUMBA Marussia, Jules Bianchi yang mengalami kemalangan ngeri pada perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Suzuka Ahad masih belum sedarkan diri selepas menjalani beberapa pembedahan di bahagian otak.

Bagaimana pun Bianchi mampu bernafas tanpa menggunakan sebarang alat sokongan pernafasan.

Pelumba Perancis ini mengalami kecederaan teruk di kepala selepas melanggar traktor keselamatan yang cuba mengalih jentera pelumba Adrian Sutil yang terbabas sebelum itu ketika kelajuan 160mph.

Kemalangan itu juga disebabkan keadaan litar yang basah.

Bianchi dikeluarkan dari jenteranya dan bergegas dibawa ke Hospital Besar Mie dengan ambulan dan kini masih dirawat di sana.

Punca kemalangan ini berlaku apabila pada lap ke-42 Sutil gagal mengawal kenderaannya pada Turn 7 dan terbabas.


Marsyal telah mengibarkan bendera kuning sebelum selekoh itu dan memberi amaran kepada pelumba-pelumba mengenai kemalangan tersebut.

Traktor keselamatan masuk ke tempat kemalangan bagi mengalih jentera Sutil, namun jentera no.17 yang dipandu Bianchi gagal dikawal seterusnya melanggar belakang kren itu.

Ketika dibawa ke hopital, Bianchi tidak sedarkan diri dan terpaksa ke hospital menaiki ambulan kerana helikopter tidak dapat digunakan memandangkan keadaan cuaca yang buruk. - mStar

0 comments:

Post a Comment