Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, October 10, 2014

No Comment


KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta memboikot pesta mabuk arak Oktoberfest di 1 Utama, Petaling Jaya di sini ekoran kedegilan pihak pengurusan gedung beli-belah itu untuk meneruskan acara tersebut selama tiga hari bermula hari ini walaupun ia tidak mendapat permit daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Tindakan pihak pengurusan memindahkan tapak pesta tersebut dari medan letak kereta di aras bawah ke tempat letak kereta di aras empat masih belum mencukupi untuk mengubat hati umat Islam yang kecewa dengan tindakan untuk meneruskan acara yang ditaja oleh syarikat arak Carlsberg Malaysia itu.

Ekoran itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan menggesa rakyat Malaysia khususnya umat Islam supaya memulaukan acara tersebut yang diadakan di pusat beli-belah terbabit pada hujung minggu ini sebagai tanda bantahan terhadap sikap pihak penganjur pesta mabuk arak tersebut. - Kosmo!

0 comments:

Post a Comment