Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 8, 2014

No Comment

WASHINGTON – Biro Siasatan Persekutuan (FBI) meminta orang ramai membantu mengenal pasti lelaki menutup muka yang dipercayai bertutur loghat Amerika Utara dalam video yang dikeluarkan oleh militan Negara Islam (IS) bulan lalu yang ditujukan kepada audiens Barat.

Dalam petikan video yang dikeluarkan oleh FBI, lelaki terbabit, berpakaian celorong celoreng dengan kain di bahu, bertutur dalam bahasa Inggeris dan Arab ketika berdiri di hadapan sekumpulan lelaki lain yang dikatakannya sebagai tahanan IS.

“Kami berharap ada orang mengenali individu ini dan memberi kami maklumat penting ini,” kata Penolong Pengarah Bahagian Antikeganasan FBI, Michael Steinbach.

Katanya, tiada sebarang maklumat yang dianggap kecil oleh pihaknya.

Agensi penguat kuasa undang-undang persekutuan itu juga meminta bantuan orang ramai mengenal pasti warga Amerika Syarikat yang akan berjuang di luar negara dengan kumpulan pengganas atau yang baharu balik daripada berjuang di luar negara.

Maklumat hendaklah dihantar kepada www.fbi.gov/ISILtips. – REUTERS

0 comments:

Post a Comment