Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 2, 2014

No Comment
NURIMAH menunjukkan laporan polis berhubung kejadian dirompak penjenayah berpistol.
Alor Gajah: Seorang pelajar perempuan sebuah kolej kerugian wang tunai RM100 dan sebuah telefon bimbit selepas disamun dua penjenayah bersenjatakan pistol di Lendu, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa dikenali sebagai Nurimah, 19, dalam perjalanan pulang ke asrama selepas membeli tiket bas dan mengeluarkan wang di pekan Alor Gajah dengan membonceng motosikal Honda EX5 ditunggangi rakan lelakinya berusia 24 tahun apabila dihalang penjenayah terbabit.

Menurutnya, dia membeli tiket bas pulang ke kampungnya di Sungai Besar, Selangor petang Jumaat ini untuk menyambut Aidiladha.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah motosikal Yamaha 125Z dari arah sama dinaiki dua lelaki tidak dikenali tiba-tiba memintas motosikal kami sebelum mereka berpatah balik dan menghalang laluan.

Pembonceng motosikal itu kemudian turun lalu mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukan ke arah saya dan rakan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, dia menangis ketakutan ketika pistol itu diacukan ke arah mereka sebelum penjenayah merampas beg duit dan telefon bimbit diletakkan dalam raga motosikal. 

0 comments:

Post a Comment