Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 9, 2014

One Comment


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahidan Kassim membuat kenyataan 'perubahan' gaji bagi 222 ahli parlimen adalah tindakan yang wajar ekoran perubahan ekonomi yang berlaku di dalam negara. Menurut Shahidan Kassim lagi, gaji terkini bagi semua Ahli Parlimen adalah sebanyak RM6,500.

Sebelum ini, Jawatankuasa Dewan telah memberi makluman kepada pihak pembangkang, terutamanya Ketua Pembangkang mengenai ‘perubahan’ gaji tersebut, dan pihak Ketua Pembangkang telah bersetuju dengan perkara ini,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Dalam sidang media itu juga beliau turut menyatakan perkataan 'dinaikkan gaji' adalah tidak tepat tetapi perkataan yang lebih tepat adalah 'perubahan gaji'. Menurutnya lagi, gaji ahli parlimen Malaysia merupakan antara yang terendah di dunia.

Jika dibandingkan dengan Ahli Parlimen di Uganda, gaji mereka lebih dua kali ganda daripada gaji Ahli Parlimen di Malaysia. Begitu juga jika perbandingan dilakukan terhadap  gaji Ahli Parlimen di Singapura,” katanya. - Siakapkeli.com

sumber : FMT

1 comments:

  1. Gaji rakyat lebih rendah dari Ahli Parlimen di Uganda. Mintak dinaikkan

    ReplyDelete