Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 7, 2014

22 comments
Gambar keratan dari Kosmo! pada bulan april lepas yang mengutarakan isu ini.


Kuala Lumpur 7 Okt. - Pakar ekonomi dan pengurusan kewangan hari ini berkata, gaji permulaan sebanyak RM2,500 yang diperoleh oleh 'fresh graduate' sudah cukup sekiranya menguruskan kewangan dengan bijak selain mengamalkan tabiat 'mengukur baju di badan sendiri'.

Menurutnya lagi, purata jumlah berkenaan adalah munasabah kerana jika dibandingkan kemahiran mereka dengan risiko yang diambil oleh majikan yang menggaji mereka.

Ketua Jabatan Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Mohd Adnan Anan Abdullah berkata, mereka yang boros tidak akan merasakan gaji mereka cukup mesti pun angka yang mereka peroleh setiap bulan adalah besar.

"Cukup atau tidak gaji bergantung kepada profil individu. Di Kuala Lumpur, mungkin sukar jika sering makan di luar kerana sehari pun, dalam tidak sedar boleh mencecah RM30.00, belum lagi jika ada tabiat seperti merokok", memetik Bernama.

Beliau juga berkata, jika kewangan masih belum kukuh, mereka yang baru memasuki alam pekerjaan tidak perlu tergesa-gesa membeli kereta.

"Memiliki kereta sendiri pada usia muda memang 'cool' tetapi perlu ingat bahawa kereta datang dengan pakej minyak, tol dan parking selain bayaran penyelenggaraan serta cukai dan insurans tahunan yang agak tinggi", katanya.

Pandangan kami yang sekadar rakyat biasa ini pula , RM2,500 memang lah cukup jika 'fresh graduate' itu seorang yang bujang dan hendak membujang dalam tempoh 4-5 tahun. Angka 2,500 itu memang cukup-cukup makan kalau di bandar. Kalau boleh simpan pun dalam RM 300- RM 800.

Tetapi masalah sekarang ialah:

  • Taraf hidup semakin meningkat 
  • Harga aset kekal semakin mahal (semakin hari semakin mahal)

Jika 'fresh graduate' ni tidak boleh menyimpan wang atau hanya boleh menyimpan wang dalam kuantiti yang sedikit, macam mana mereka ini hendak hidup di masa akan datang, dengan harga rumah dan tanah yang semakin mahal seperti tiada kawalan. Takkanlah nak menyewa sampai ke tua? Bagaimana pula dengan mereka yang mahu berkeluarga?

Katakanlah jika 'fresh graduate' mampu menyimpan RM 2,000 sebulan, ini bermakna dia akan mempunyai wang simpanan sebanyak RM 240,000 dalam masa 10 tahun. Katakanlah purata harga rumah pada tahun ini adalah RM 500,000 (rasanya lebih), simpanan selama 10 tahun pun tak mampu lagi membeli sebuah rumah di Malaysia.

Dan di tambah lagi, kami rasakan pada sepuluh tahun akan datang, harga rumah tadi tidak akan sama. Paling kurang pun RM 750,000. Itu tak dicampur lagi dengan interest dari bank.

Kesimpulan dari kami, jika dilihat dari sudut jangka masa pendek, angka RM2,500 itu boleh diterima pakai tetapi jika difikirkan dari sudut jangka masa panjang, rasanya angka itu tidak relevan memandangkan kos hidup yang semakin hari semakin melonjak naik dan harga asset yang semakin mahal serta tidak dilupakan, pinjaman kewangan dengan interest yang tinggi.

Ini bermakna, angka 2,500 itu perlu dinaikkan setaraf dengan bebanan kewangan yang dialami oleh rakyat pada masa ini dan akan datang. - SiakapKeli.com

22 comments:

  1. duk pkai ayat "katakan", babi pun boleh terbang mcm tu...hahaha..,tu blom msuk bayar hutang ptptn lg...yg kaya mkn kaya, yg miskin mkn miskin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau first class result tak payah bayar la bro. Rata-rata orang apply ptptn time nak apply makan taik sekilo pun sanggup. Lepas tu kalau fail or kena bayar balik dia buat bising kata tak adil

      Delete
    2. meh sini aku bahasa ko skit.. dear dezry.. ini realiti.. org pinjam ptptn x semewah org pinjam mara.. mara ko dpt tiap2 bulan.. ptptn ko dpt tuk satu long sem sahaja.. katakan lah 1 long semester ko ialah 5bln.. short semester ko 3 bln.. balance duit ptptn ko dpt lepas dh byr tuisyen fee uni.. ialah RM 1750 (ini kalau ko dpt full loan).. realiti nye family ko bkn sng sgt.. duit belanja n duit study ialah dr pada ptptn yg ko harapkan... now tell me how u wanna survived uni life.. with RM 1750 dlm mase 8bln sedangkan MENTERI PUN MENGELUH X CUKUP GAJI 6K sebln ??? bkn masalah nk byr balik tp realiti nye nk membayar balik PLUS interest drpd full loan yg kite pinjam tu.. sgt membebankan..

      sekian terima kasih!

      Delete
  2. La... Kan penulis tu kata untuk gaji permulaan... Xkan la gaji mamat bujang tu smpai ke tua rm2500..ape da.. Kalau prestasi kerja bgs.. Tiap2 tahun naik gaji, dan ada yg pandai, naik gaji, dpt bonus, lps tu dh ada pengalaman, pandai bahasa inggeris or mandarin, pindah keje kompeni besau, xpun smbung blaja, keje obersea.. Gaji pun meningkat.. Graduasi yg ambil course yg high demand tiada masalah.. Yg ada diploma, sijil, spm, pmr, upsr tu yg patut diukur kerana bukan semua org ada degree..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husband saya 4 tahun kerja gaji tak naik-naik. :)

      Delete
  3. xd diploma gaji rm900 basic.ada diploma gaji rm1200-1500 and ada hutang ptptn 15k +++...sembang pakai pena x semudah face the reality of life.

    ReplyDelete
  4. aku dah keje 15 tahon, tapi gaji baru rm2190.. anak dah 3..
    kalo fresh gaji rm2500, baru nak mula kumpul duet beli kereta, pastu rumah.. maknenye sekarang gi keje kene naek baslah..

    ReplyDelete
  5. masalah dia starting pun belum tentu dpat 2k even fresh grad

    ReplyDelete
  6. Menyediakan Pinjaman Peribadi kpad sesiapa yg memerlukan....
    Hubungi saya 019 4726254...Sabarina

    ReplyDelete
  7. Bila admin mengira wang simpanan, admin simpan wang bawah bantal ke? Kalau ye, memang la x cukup. Kat Malaysia ni ada several investment vehicle yang boleh digunakan supaya kita mendapat hasil (interest). Kalau takut riba, invest la dalam syariah compliant nye vehicle. Invest dalam tabung haji pun cukup (asalkan x dikeluarkan sehingga betul-betul perlu).

    Saya sebagai financial adviser setuju dengan pendapat pakar yang orang bergaji banyak mana sekalipun, kalau x diurus kewangannya, x kan rasa cukup. Kalau orang yang bergaji sikit sekalipun, kalau diurus dengan baik, insyaa-Allah cukup. Salah satu masalah dengan orang Malaysia ni ialah budaya pemikiran "biar x de duit asalkan bergaya". Peer pressure dan mahukan status yang tinggi (walaupun x mampu) adalah problem yang sangat besar. Lebih-lebih lagi jika mereka mengambil kad kredit dan menganggap kredit limit adalah extra income. Jika memang benar x cukup kerana banyak tanggungan, cubalah cari jalan lain seperti side income daripada business. Jangan hanya mengeluh dan mencari alasan... sampai bila-bila pun masalah x selesai.

    Lagi satu masalah yang ada pada rakyat Malaysia adalah apabila di 'approach' oleh financial adviser untuk berbincang pasal saving habit, pelbagai alasan akan keluar seperti "duit x cukup" la "muda lagi" la "x boleh bagi commitment kepada bayaran" la dan macam-macam lagi. Ada juga yang mengatakan simpan dalam bank lagi bagus sebab boleh guna bila-bila masa.

    Adakah anda tahu jika anda mula menyimpan 5 tahun kemudian anda perlu menyimpan 3 kali ganda amount yang sepatutnya anda simpan sekarang untuk mendapatkan jumlah yang sama? Adakah anda tahu jika anda menyimpan di dalam bank (interest paling tinggi 3%) inflation akan memakan duit anda? Dan jika anda menyimpan duit dalam bank kerana mudah untuk dikeluarkan, adakah ia savings? Kalau asyik keluar je duit, bila nak cukup duit untuk pencen? Kita perlu mengamalkan 'forced saving' supaya duit itu akan ada apabila kita betul-betul memerlukannya.

    Mengambil contoh admin, jika menyimpan 2,000 sebulan di dalam vehicle yang memberikan 10% setahun, selepas 10 tahun, duit itu akan menjadi lebih kurang 409,000. Jika 5 tahun, duit akan menjadi lebih kurang 150,000. Memang x boleh beli rumah secara cash, tetapi at least boleh clear down payment.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus penerangan panjang Anis Sohaimi berkenaan investment vehicle ni. Ini salah satu cara yg bagus nak invest dalam jangka masa panjang.

      Tapi masalah kat M'sia, taraf hidup makin naik, tapi level gaji masih di tahap yang sama.

      Benar kata 'pakar' tu yang kewangan ni kalau tak diurus dengan elok takkan pernah cukup, tapi bagaimana pula dengan pengurusan kewangan negara? Kalau harga barang kejap-kejap naik, bagaimana rakyat terutamanya yang kosong knowledge pasal financial ni nak manage kewangan mereka.

      Lainlah kalau peningkatan taraf hidup sejajar dengan peningkatan pendapatan mereka.

      Delete
    2. Setuju dengan anda...hmmm
      bnyk sgt bace buku smpai lupa reality kehidupa semenyatara

      Delete
    3. yup realiti sebenar kehidupan tu smua dh lupa.. meh sini sye igtkan.. KATAKAN LAHHH... katekanlah abis blajar gaji RM2500..
      1. PTPTN nk byr (full loan) - sbln kononnye mampu byr rm 150 sbln
      2. Loan kereta
      3. sewa rumah (rm450)
      4. bil api elektrik
      5. klu x de internet kat umah... bil telefon berinternet..
      6. topup..
      7.bagi mak ayah..
      8. blanje makan..
      9. simpan tuk kawin
      10. simpan tuk kecemasan - excident/tayar bocor/dll
      11.tol dan minyak..
      12.insuran kereta/roadtax
      14.bil hospital klu skt

      tlg buatkan kire2nye.. :)

      Delete
  8. Apa yg dicatat kat artikel ni betul. Tapi bagi aku pengurusan kewangan tu yg paling penting. Kalau faham konsep rezeki kita tak akan merungut banyak. Jom ikut aku buat bisnes sampingan. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bisnes ape ? Boleh citer skit?

      Delete
    2. Sila baca kat blog aku bro. Klik kat nama aku. Ada list blog aku kat profil tu.

      Delete
  9. Urus dengan baik, tidak membazir, tiap kali makan kedai, jangan order air manis, minum air kosong jer, naik motor gi kerja, dan, konsisten solat Dhuha, insyaAllah, cukup.
    "Siapa bagi cukup?" tanya Ustaz Razak tabligh.
    "Allah, bagi cukup."

    ReplyDelete
  10. https://www.facebook.com/CBPPlusAeroVision

    ReplyDelete
  11. Sy fresh graduate diploma account..skrng keje contract dgn iCIMB gaji rm1500..in process nk ambik degree part time for 4 yrs... sy akui mmg sukar utk menampung hidup dgn gaji sy skrng ni lgi2 hidup di KL...tpi sy usaha utk hidup n yakin rezeki dtg dariNYA selagi kita berusaha n redha :)..only my opinion

    ReplyDelete
  12. Cite sekarang ini permulaan gaji fresh gradute RM2500...???saya tersilap baca atau admin tersilap tulis? @ ade tersurat dan tersirat...

    ReplyDelete
  13. Apakah Anda membutuhkan pinjaman? jika ya hubungi kami melalui email: ryankingfinancialservices@gmail.com

    ReplyDelete