Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 8, 2014

No Comment

Apakah nasib yang menimpa pelakon kontroversi ini. Terkini Hanes Suraya menejelaskan yang dia semakin kurang mendapat tawaran lakonan. Stesen televisyen seolah-olah memboikotnya setelah peristiwa kisah cinta dengan suami orang yang mana satu-persatu didedahkan oleh media tempatan.

Berikut adalah luahan hatinya.

“Benda sudah berlaku, tiada guna untuk saya menyesal kerana semua itu berpunca daripada kesilapan sendiri. Salah saya kerana terlalu terbuka, tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Cuma saya terkilan apabila terus dihukum kerana kesilapan semalam sehingga ruang untuk saya kembali berkarya semakin sempit. Memang saya berdosa tetapi wajarkah saya dihukum hingga langsung tidak diberi peluang meneruskan minat dalam bidang seni?

“Setiap orang berhak mendapat peluang kedua untuk memperbetulkan semula kesilapan tetapi mengapa saya tidak diberi kesempatan itu? Saya tidak mengeluh sebaliknya berharap mereka yang mempunyai kuasa untuk memberikan semula kesempatan bagi saya membuktikan kesungguhan sebagai pelakon,” katanya memetik laporan sebuah akhbar mingguan, baru-baru ini.

Mungkin disebabkan perkara yang lepas itu masih hangat di ingatan peminat dan masih baru mungkin stesyen-stesyen television belum lagi ingin menampilkan Hanez dalam mana-mana lakonan. Bagaimanapun semoga perkara ini menjadi tauladan kepada selebriti-selebrti lain yang peminat-peminat semua amat menitik beratkan perangai di luar lakonan dan bukan sekadar rupa ataupun seni. ─ Siakapkeli.com

0 comments:

Post a Comment