Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 16, 2014

No Comment


Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan membantu adiknya, Datuk Haris Onn, mendapatkan kontrak mencetak label keselamatan rokok dan minuman keras daripada Putrajaya bernilai RM77 juta.

Menteri Pertahanan itu berkata, beliau tidak tahu mengenai adiknya memperoleh kontrak berkenaan dan meminta Haris menjelaskan sendiri bagaimana syarikatnya, Lembah Sari Sdn Bhd memperoleh kontrak itu.

"Saya tidak tahu dan tidak ada kaitan dengan apa yang adik saya lakukan.

"Jika ada perkara yang tidak kena, saya minta dia jawab," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Naib presiden Umno itu berkata, beliau terbuka sekiranya pihak berkuasa hendak menyiasat perkara itu dan tidak akan mempertahankan Haris jika didapati wujud unsur salah laku.

"Saya tidak akan mempertahankannya jika dia salah. Biar dia jawab. Dia takkan dapat perlindungan daripada saya," katanya.

Beliau menafikan wujud konflik kepentingan dalam perkara itu kerana adiknya tidak memperoleh kontrak itu daripada kementerian di bawah portfolionya.

Pada masa sama, beliau tidak menghalang jika Haris memperoleh kontrak itu daripada kementerian lain.

"Menjadi prinsip saya tidak memberikan kontrak kepada keluarga dari semasa portfolio saya terdahulu pun, sebab ada kepentingan konflik.

"Kementerian lain saya tidak halang. Kalau salah, biar dia jawab," katanya.

DAP semalam mempersoalkan kewajaran Haris menerima kontrak mencetak label keselamatan rokok dan minuman keras bernilai RM77 juta.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua bertanya sama ada syarikat miliknya menawarkan harga paling rendah sehingga berjaya menerima kontrak berkenaan.

"Adakah syarikat ini saja yang ada kepakaran dalam bidang ini, atau mereka saja yang menawarkan kontrak paling rendah?" soalnya, memetik berita mengenainya yang dilaporkan akhbar The Edge pada 12 September. – 16 Oktober, 2014, The Malaysia Insider

0 comments:

Post a Comment