Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, October 4, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR: Dukacita dimaklumkan Ibu kepada Hishammuddin, Tun Suhailah Mohammad Noah, 82, telah meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara pada jam 12.30 pagi 4hb Oktober 2014 kerana sakit tua.

Beliau merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-3 iaitu Tun Hussein Onn dan ibu kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin bin Tun Hussein. Beliau juga adalah anak perempuan kepada Tan Sri Mohamad Noah Omar, bekas Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat Malaysia.

Jenazah beliau akan dikebumikan di Makan Pahlawan, Masjid Negara selepas solat Zohor hari ini.



Menurut kenyataan Pejabat Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, orang ramai boleh menziarah jenazah di kediaman Allahyarham di No 19, Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku, Kuala Lumpur bermula jam 9.00 pagi ini. ─ Siakapkeli.com

0 comments:

Post a Comment