Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 8, 2014

No Comment

OTTAWA – Parlimen Kanada meluluskan cadangan kerajaan untuk menghantar jet pejuang ke Iraq, di mana mereka akan menyertai serangan udara diketuai Amerika Syarikat terhadap militan Negara Islam (IS) selama enam bulan.

Keputusan pengundian tidak dapat disangsikan memandangkan parti Konservatif yang memerintah mempunyai majoriti di ‘House of Commons’. Dalam pengundian yang dijalankan, 157 ahli Parlimen bersetuju bagi penyertaan Kanada dalam misi berkenaan berbanding 134 yang menentang.

Kedua-dua parti pembangkang itu menentang misi berkenaan atas alasan Perdana Menteri Stephen Harper tidak memberi maklumat lengkap dan ini boleh menyebabkan Kanada diheret ke kancah peperangan untuk tempoh lama.

Harper bagaimanapun berjanji bahawa Kanada tidak akan menempatkan tenteranya di darat untuk melawan IS.

Harper menegaskan kecuali militan terbabit dihentikan, ia akan mengakibatkan berlaku serangan di seluruh dunia, termasuk di Kanada.

Kumpulan Perisikan SITE semalam menyatakan seorang pejuang Negara Islam menggunakan Twitter untuk menyeru agar serangan dilakukan terhadap Kanada.

Ia menamakan lelaki terbabit sebagai Abu Khalid Al-Kanadi, nama yang menandakan dia berasal dari Kanada. – REUTERS

0 comments:

Post a Comment