Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 6, 2014

No Comment


MELBOURNE: Kapal Fugro Discovery tiba di Fremantle untuk menyertai misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Kapal itu telah melalui proses pembaikan di Durban, Afrika Selatan sebelum tiba di Australia Barat, dan memiliki peralatan pencarian, serta anak-anak kapal bagi misi itu yang akan dikerahkan beberapa hari lagi, lapor agensi berita Australian Associated Press.

Dilaporkan kapal induk Go Phoenix dijangka tiba di kawasan pencarian pada Ahad.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, kapal itu akan menjalankan operasi pencarian di kawasan berkenaan selama 12 hari sebelum belayar ke Fremantle untuk mengambil bekalan.

Fugro Equator, yang melakukan kerja pengukuran di kawasan carian, mungkin akan diguna sebagai kapal pencarian apabila tugas mengumpul maklumat batimetri (instrumen untuk kajian dasar laut) selesai akhir bulan ini. - mStar

0 comments:

Post a Comment