Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, October 12, 2014

No Comment

WARSAW – Poland mengejutkan juara dunia Jerman 2-0 di Warsaw awal pagi tadi untuk meraih kemenangan bersejarah ke atas negara jiran itu, sekali gus meletakkan Jerman di tempat ketiga Kumpulan D dalam saingan kelayakan Euro 2016.

Penyerang Ajax, Arkadiusz Milik meletakkan pasukan tuan rumah di depan pada minit ke-51 sebelum pemain gantian, Sebastian Mila memastikan kemenangan pada lewat permainan untuk memberi Jerman kekalahan pertama peringkat kelayakan dalam tempoh tujuh tahun.

Kemenangan besar 7-0 Republik Ireland ke atas pasukan kerdil Gibraltar di Dublin sebelum itu membolehkan Ireland berada di tempat kedua di belakang Poland. – AFP

0 comments:

Post a Comment