Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 14, 2014

No Comment


Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un yang sebelum ini menimbulkan banyak tanda tanya kerana tidak kelihatan di banyak majlis negara atau di pandangan rakyat negara itu selama lebih sebulan, kembali muncul di khalayak ramai, lapor media tempatan.

Agensi Berita Korea Utara (KCNA) hari ini melaporkan tentang kemunculan Jong Un yang sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kehilangannya. Dalam gambar yang disiarkan, pemimpin itu kelihatan memakai tongkat dan daripada riak wajahnya tidak menampakkan sebarang unsur ‘sedang menanggung kesakitan’

Berita tersebut menyiarkan gambar Jong Un yang sedang meninjau kawasan kediaman yang baru dibangunkan dan kemudiannya melaporkan tentang lawatan beliau ke Institut Tenaga Semulajadi, Akademi Sains Negara.

‘Misteri’ kehilangan Jong Un bermula selepas tidak kelihatan sejak kali akhir dilihat menghadiri sebuah konsert bersama isterinya pada 3 September lalu.

Sebelum kehilangannya selama kira-kira lima minggu, Jong Un dilaporkan berjalan terhincut-hincut hingga menguatkan andaian ramai yang mengaitkannya dengan masalah berat badan ataupun gout.

Kemuncak tanda tanya mengenai ketiadaan Jong Un adalah apabila kelibatnya tidak kelihatan dalam acara penting Jumaat lalu iaitu sambutan ulang tahun ke-65 Parti Buruh Korea Utara. Dia juga tidak muncul di Istana Kamsusan di Pyongyang untuk memberi penghormatan kepada ayah dan juga datuknya.

Antara spekulasi yang kuat berhembus semenjak Jong Un menyepi tanpa khabar itu adalah mengenai perubahan kuasa dalam hierarki dan juga isu kesihatan.

Dr. Kim So-Yeon, yang merupakan bekas doktor peribadi kepada datuk Jong Un, Kim Il Sung, berkata bahawa Jong Un mewarisi beberapa gangguan kesihatan termasuk masalah psikologi dan sejarah obesiti.

Dalam pendedahan So-Yeon kepada CNN, kedua-dua Kim Il Sung dan bapa Jong Un, Kim Jong Il, pernah menderita penyakit diabetes, jantung dan tekanan.

Melalui gambar terbaru yang disiarkan KCNA itu, So-Yeon memberitahu bahawa bengkak pada wajah pemimpij itu berpunca daripada pengambilan ubat penahan sakit. Dia juga berspekulasi bahawa Jong Un mengambil suntikan hormon. - Astro Awani

0 comments:

Post a Comment