Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 9, 2014

6 comments
Iris Grace merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang mempunyai penyakit 'autism' atau sukar berkomunikasi dan berhubung dengan persekitaran. Walau bagaimanapun, Iris Grace merupakan seorang yang berbakat dalam lukisan dan itu adalah salah satu cara bagi Iris Grace meluahkan isi hatinya.

Walaupun Iris Grace kini masih kecil, tapi dia sudah dikenali sebagai seorang pelukis professional dan mempunyai laman webnya sendiri untuk menjual karya lukisannya. Tetapi disebalik kisah kejayaan kanak-kanak cilik ini, rupa-rupanya ada pembantu yang selalu menyokongnya dari belakang. Yang mengagumkan adalah pembantunya itu ialah seekor kucing!

Menurut ibu Iris Grace, setelah mengetahui tentang penyakit anaknya itu, mereka telah mencuba pelbagai cara bagi membantu anak mereka mengatasi penyakit tersebut sehinggalah mereka terjumpa dengan Thula, seekor kucing terapi. Thula kini berusia hampir setahun dan berasal dari keturunan Maine Coon. Keturuna kucing ini sememangnya terkenal dengan sifat mereka yang bijak dan lemah lembut.


Tugas Thula adalah untuk membuatkan Iris lebih suka bersosial dan untuk menenangkan Iris apabila dia mula merasa bimbang. Menurut ibu Iris, Arabella Carter-Johnson, Iris lebih suka bercakap dengan Thula, seperti bercakap perkataan "sit cat".


Thula akan sentiasa bersama dalam apa jua aktiviti yang ingin dilakukan oleh Iris termasuklah bermain air, playdoh, melukis, naik basikal, mengecat, dan ketika bermain iPad sekalipun. Thula memberikan Iris keinginan untuk berinteraksi dan berkawan.


Thula melakukan tugas dengan baik untuk menenangkan Iris ketika dia di dalam keresahan dan menyokong Iris untuk berkomunikasi.


Menurut ibu Iris lagi, Iris susah untuk mandi dan membenarkan rambutnya dibasuh dengan air. Thula telah membantu Iris dengan masuk sekali ke dalam tab mandi dan mandi bersama Iris. Thula juga membenarkan ibu Iris membasuh bulunya dengan shampoo bagi membantu Iris.


Kini, dengan adanya Thula, Iris lebih senang untuk bangun pagi dan memulakan aktivitinya sehari-hari.


Menurut ibu Iris, Thula pada asalnya bukanlah seekor kucing yang telah sedia asal dilatih. Dia sendiri yang melatih Thula untuk menjadi rapat dengan Iris dan yang selebihnya, Thula seperti seolah-olah tahu apa yang perlu dilakukan olehnya. - Siakapkeli.com





Sumber : www.boredpanda

6 comments: