Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 16, 2014

No Comment

KOTA KINABALU – Kumpulan lelaki bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf mungkin menjadi dalang di sebalik kejadian tembak bot menangkap ikan Sabah di perairan utara Kudat dan Filipina.

Dua daripada 10 anak kapal warga Vietnam cedera ditembak ketika cuba mengelak dan melarikan diri ke arah Sabah dalam kejadian pada pukul 9 pagi Selasa, kira-kira 22 batu nautika timur Pulau Banggi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kedua-dua lelaki yang cedera, Nguyen Nain Len, 47, dan Huynh Thanh Tuan, 33, telah pulih daripada kecederaan di bahagian lutut dan rusuk akibat terkena peluru di Hospital Queen Elizabeth 2 selepas mereka tiba di jeti polis marin di sini kira-kira pukul 9.30 pagi Rabu.

Anak-anak kapal Vietnam berjaya melarikan diri ke Pulau Sepanggar di luar bandar di sini dan telah diselamatkan oleh polis marin sehari kemudian.

Jalaluddin berkata, mereka telah memberitahu Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) dan mengambil langkah berhaga-jaga sepenuhnya di sekitar Pulau Banggi.

Sumber risikan Filipina berkata mereka sedang melihat kemungkinan kumpulan Abu Sayyaf berada di belakangnya kejadian ini.

Antara kecurigaan yang timbul termasuklah lelaki bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf mungkin bergerak ke utara untuk mencari mangsa tebusan kerena keselamatan yang ketat dan perintah berkurung di kawasan timur Sabah.

Pegawai Filipina telah mengambil perhatian terhadap trend itu sejak penculikan pasangan Jerman, Henrite Dielen dan Dr Stefan Viktor Okonek, 25 April lalu berhampiran pulau Filipina selatan Palawan (utara Pulau Banggi).

Pasangan itu telah diculik oleh lelaki bersenjata yang berpangkalan di Tawi Tawi dan bergerak ke utara setelah mereka gagal melepasi pasukan keselamatan Malaysia.

Pasangan itu telah diserahkan kepada militan al-Qaeda, yang mengancam untuk memenggal kepala Dr Okonek pada pukul 3 petang 17 Oktober jika tuntutan mereka untuk tebusan, pengunduran tentera AS di Syria dan Iraq, serta panggilan terhadap kerajaan Filipina untuk menyokong gabungan global IS tidak dipenuhi.

Dua rakyat Malaysia, Konstabel Zakiah Aleip, 26, dan penternak ikan Chan Sai Chuin, 32, masih ditahan sebagai tebusan oleh kumpulan berkaitan Abu Sayyaf. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment