Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 6, 2014

No Comment


Malang tidak berbau bagi seorang lelaki Perancis yang terselamat dari kemalangan kereta, tetapi kehilangan nyawa di tangan isterinya sendiri beberapa minit selepas kejadian.

Lelaki yang berusia 56 tahun itu sedang memandu bersama anaknya apabila keretanya merempuah satu selekoh tajam di Carville, utara Perancis.

Kereta itu terbalik dan jatuh ke dalam parit tetapi kedua-duanya sempat melarikan diri tanpa cedera, menurut laporan oleh Ouest-France.

Lelaki berkenan seterusnya menelefon isterinya untuk mengambil mereka di tempat kejadian.

Bagaimanapun, isteri lelaki berkenaan yang berusia 44 tahun, merempuh selekoh tajam yang sama, menyebabkan keretanya terjunam ke arah kereta suaminya yang menyebabkan suaminya mati di tempat kejadian.

Isteri dan anaknya terselamat dari kemalangan tragis itu. - SiakapKeli.com


0 comments:

Post a Comment