Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 16, 2014

No Comment

BARCELONA – Luis Suarez menerima anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak di Eropah musim lalu yang disampaikan bekas pengurus Liverpool, Kenny Dalglish – insan yang bertanggungjawab membawanya ke Anfield pada 2011, semalam.

Penyerang Barcelona dan Uruguay itu menjaringkan 31 gol ketika membantu The Reds menghuni kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Pemain berusia 27 tahun itu berkongsi anugerah bersama bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang menamatkan kempen dengan jumlah jaringan sama.

“Saya mahu berterima kasih kepada semua orang yang penting dalam hidup saya, isteri dan anak-anak,” kata Suarez yang bakal menamatkan penggantungan empat bulan perlawanan kerana menggigit pemain lawan ketika Piala Dunia dengan menentang Real Madrid, minggu depan.

“Sudah tentu semua orang yang berada di Liverpool, semua rakan saya, bukan saja tahun lalu namun sepanjang tiga tahun setengah saya berada di kelab itu.

“Ia adalah tahun yang menakjubkan dan terima kasih kepada lelaki di sini (Dalglish) kerana mengambil saya kerana mereka menyedari saya.

“Kini saya berada di tahap yang baru dan saya perlu menikmati tahap seterusnya dalam hidup saya. Ia adalah impian jadi kenyataan,” katanya.

Dalglish ketika ditanya bagaimana Suarez mampu menyesuaikan diri dengan suasana di Nou Camp membalas: “Saya tidak fikir ada sesiapapun mampu menghalangnya.

“Dia beraksi dengan menakjubkan di mana saja dia berada, kejayaan yang besar dan amat menghiburkan. Tiada sebarang alasan dia tidak dapat meneruskannya di Barcelona.

“Jika dia berdepan masalah, saya pasti kami boleh membawanya pulang sebagai pinjaman,” kata Dalglish.

Suarez turut menyifatkan dia kini sudah bersedia menjelang pertembungan menentang Real selepas mengharungi dua perlawanan persahabatan antarabangsa.

“Jika kamu bertanya kepada saya seminggu lalu, sebelum permainan bersama Uruguay, saya mungkin masih ragu-ragu. Namun saya sudah bermain dalam dua perlawanan dan saya mungkin berada dalam keadaan yang lebih baik daripada saya sangkakan.

“Jadi saya fikir saya boleh berkata ya, 100 peratus, saya bersedia untuk bermain,” katanya. – AFP

0 comments:

Post a Comment