Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 20, 2014



Baru-baru ini kita dikecohkan dengan satu program yang diberi nama "I Want To Touch A Dog" yang katakan bertujuan untuk membuang perasaan takut orang Malaysia terhadap anjing.

Baca : Acara I Want To Touch A Dog Bantu Hilang Takut Kepada Anjing

Kes ini bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum ini beberapa kes orang Islam di Malaysia memegang anjing sudah beberapa kali menjadi isu di Malaysia. Bagi menjelaskan isu tersebut, satu laporan dari pihak JAIS telah dikeluarkan pada tahun 2010 lagi.

Anda boleh membaca laporan dengan membuka pautan ini.  Selain dari isu memegang anjing, laporan setebal 6 muka surat itu juga ada menyentuh isu berkenaan mazhab.

Berkenaan dengan isu memegang anjing, laporan tersebut ada menyebut, memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam. TETAPI perlu diingat bahawa perbuatan memelihara anjing sebagai hobi tidak dibolehkan mengikut mazhab Shafie melainkan jika anda mempunyai sebab-sebab tertentu (sila rujuk laporan pada muka 2).


Keratan laporan yang menyatakan memegang anjing tidak salah.

Pada pendapat kami, eloklah sekiranya kita cuba mengelak dari membuat sesuatu perbuatan yang kita curigai.

Selain itu, perlu diingat, cara hidup yang terbaik adalah cara hidup Nabi kita. Teramatlah elok jika kita cuba mengikut apa yang dibuat oleh Nabi dan apa yang tidak dibuat oleh Nabi serta menjauhi gaya hidup musuh-musuh Islam.

Rasanya sudah tiba masa bagi media-media arus perdana membuat liputan untuk memperjelaskan isu ini seperti mengumpulkan ilmuan islam dan membuat forum yang ekslusif supaya umat Islam di negara ini jelas dengan isu ini dan tidak terus terkeliru. - SiakapKeli.com

Sumber : JAIS

0 comments:

Post a Comment