Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 14, 2014

No Comment

NEW YORK – Beberapa buah negara termasuk Malaysia antara negara yang bakal menganggotai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) apabila pengundian bagi memilih negara yang layak menduduki kerusi berkenaan berlangsung pada Khamis ini.

Sebanyak lima kerusi perlu diisi bagi melengkapkan keanggotaan 15 anggota majlis itu sekali gus menyertai lima negara kuasa tetap dunia iaitu Britain, China, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat (AS).

Negara yang akan terpilih menduduki kerusi itu sering membuat keputusan besar dunia seperti sekatan, peperangan atau perdamaian.

Kerusi berkenaan dianggap sebagai hadiah diplomatik paling berharga kerana ia meningkatkan profil sesebuah negara sekali gus meningkatkan pengaruh dalam pelbagai bentuk termasuk hubungan dua hala antara negara.

Kerajaan di sesebuah negara bertahun-tahun berkempen dan melobi bagi merayu undi daripada 193 negara anggota Perhimpunan Agung PBB.

Pada pusingan kali ini tiga daripada lima kerusi sudah dipilih oleh negara serantau yang membuat pilihan.

Negara tersebut ialah Angola yang dipilih oleh negara-negara Afrika, Venezuela dipilih oleh negara-negara Amerika Latin dan Caribbean serta Malaysia pula dipilih oleh negara di Asia.

Bagaimanapun, tiga negara tersebut yang kali pertama berada dalam Majlis Keselamatan PBB perlu memperolehi undi dua pertiga untuk disahkan menduduki kerusi berkenaan.

Tiga negara itu bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Argentina, Rwanda dan Korea Selatan yang tamat penggal dua tahun di majlis itu.

Baki dua lagi kerusi bakal direbut tiga buah negara iaitu Sepanyol, Turki dan New Zealand. – AFP

0 comments:

Post a Comment