Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 8, 2014

No Comment
SEBAHAGIAN mesin judi yang dirampas anggota Polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat D7 dari IPK Johor Bahru, ketika serbuan di beberapa premis yang menjalankan aktiviti perjudian mesin judi pada Ops Dadu di Pasir Gudang, semalam. - Foto Mohd Azren Jamaludin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 197,477 komputer yang dijadikan mesin judi haram bernilai RM197.4 juta dirampas dalam tempoh dua tahun.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata rampasan terbabit adalah dalam tempoh Januari 2013 hingga Ogos lalu.

“Selain rampasan terbabit, seramai 2,500 orang didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala 1,753 orang didakwa mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Johari Abdul Ghani (BN – Titiwangsa) di Dewan Rakyat di sini hari ini. – BH Online

0 comments:

Post a Comment