Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, October 3, 2014

No Comment

SEPANG - Belanda dan Australia akan membuat keputusan sama ada sesuai atau tidak untuk masuk semula ke tapak nahas pesawat MH17 di timur Ukraine, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Kita serahkan kepada kedua-dua negara berkenaan untuk mempertimbangkan sama ada wajar atau tidak untuk mengambil risiko masuk semula di tapak nahas.

“Tapi mesti dilakukan bersama dengan pihak Belanda dan Australia dan lagi pun jumlah mangsa korban dari kedua-dua negara itu lebih ramai,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas upacara penghormatan kepada lima jenazah MH17 yang tiba dari Belanda di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi Jumaat.

Hishammuddin berkata, memandangkan hanya dua lagi warga negara Malaysia yang belum dikenal pasti atau dijumpai, bermakna agensi yang hendak masuk ke kawasan nahas sebelum musim sejuk tidak terdesak seperti dahulu.

Dua lagi mangsa terbabit yang masih belum dikenal pasti ialah nenek tiri Hishammuddin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Siti Amirah Parawira yang berusia 83 tahun dan Shaliza Zaini Dewa, 45.

“Biar mereka (Australia dan Belanda) membuat keputusan bersama kita, bila agaknya kita boleh kembali ke lokasi nahas memandangkan risiko kawasan pertempuran sekarang ini boleh menjejaskan pasukan keselamatan ketiga-tiga negara ini.

“Risikonya bukan sekadar di kawasan nahas tapi perjalanan ke kawasan nahas itu pun masih bergolak,” katanya. - mStar Online

0 comments:

Post a Comment