Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 22, 2014

No Comment

KOTA BHARU – Seorang penganggur bukan sahaja gagal mencuri sebuah motosikal jenis Yamaha Ego, malah turut ditangkap penduduk kampung dan diikat di sebatang pokok kelapa sebelum diserahkan kepada polis.

Dalam kejadian jam 1 petang di Kampung Gua Salor, dekat sini, kelmarin, suspek berusia 40-an berasal dari Pengkalan Chepa sanggup datang ke kampung berkenaan dengan menaiki bas sejauh 25 kilometer.

Suspek pada mulanya membuat ‘pemantauan’ sebelum melihat sebuah motosikal ditinggalkan bersama kunci di hadapan sebuah kedai runcit.

Suspek kemudiannya melarikan motosikal tersebut tetapi disedari pemiliknya.

Menceritakan kejadian itu, mangsa, Yaakob Harun, 45, berkata, ketika itu dia sedang membeli barangan keperluan di sebuah kedai runcit di Kampung Seberang Pasir Mas.

“Tidak sampai lima minit di dalam kedai, saya mendapati motosikal dibawa lari oleh seorang lelaki sebelum keluar untuk mengejarnya.

“Saya minta pertolongan penduduk kampung dengan menunggang motosikal dan mengejar lelaki terbabit sejauh tiga kilometer,” katanya.

Yaakob berkata, suspek bagaimanapun berjaya diberkas apabila motosikal ditunggangnya ‘mati’ di lokasi kejadian.

“Penduduk segera menghubungi polis dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan menahan suspek untuk siasatan lanjut. – Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment