Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, October 4, 2014

No Comment


KUALA LUMPUR – Menerusi Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin di atas pemergian bondanya Tun Suhailah Mohamad Noah.

Najib berkongsi kesedihan beliau dengan pemergian Tun Suhailah yang juga merupakan ibu saudara beliau.

“Saya dikejutkan dengan berita pemergian ibu saudara saya Tun Suhailah Mohd Noah, bonda kepada Hishammuddin Hussein, awal pagi ini.

“Salam takziah kepada Hishammuddin Hussein dan keluarga, saya turut berkongsi kesedihan. Semoga roh Allayarhamah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah,” kata beliau.





Tun Suhailah merupakan balu kepada Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.30 malam tadi pada usia 82 tahun di Hospital Pakar KPJ Damansara. - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment