Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 14, 2014

No Comment

AMSTERDAM – Pasukan pencari Ukraine akan kembali menggeledah lokasi nahas Penerbangan Malaysia MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu untuk mengembalikan baki cebisan mayat dan barangan milik mangsa kepada kerajaan Belanda, lapor stesen televisyen negara itu semalam.

Media Belanda, Nieuw­suur melaporkan kelmarin bahawa satu persetujuan telah dicapai antara pegawai Belanda dan Ukraine, manakala pasukan berkenaan dijadual memulakan tugas mereka semalam.

Pesawat jenis Boeing 777-200 itu ditembak jatuh hampir empat bulan lalu di timur Ukraine yang menyebabkan semua 298 kru dan penumpang terbunuh dengan dua pertiga daripada mereka merupakan warga Belanda.

Setakat ini, pasukan forensik di Belanda telah mengenal pasti identiti 272 mangsa nahas MH17 tetapi masih terdapat saki baki mayat yang masih belum dikeluarkan dari lokasi nahas.

Sebelum ini, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte berkata, beliau berang kerana pasukan penyiasat Belanda belum dapat mengeluarkan kesemua mayat mangsa dari lokasi nahas ekoran pertempuran sengit antara kumpulan pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine.

Pakar-pakar Belanda berada dalam situasi siap siaga tetapi setakat ini mereka hanya dapat memasuki sebahagian kecil lokasi nahas dekat bandar Donetsk di timur Ukraine.

“Pihak berkuasa Ukraine akan menyerahkan sebarang penemuan kepada pasukan pihak berkuasa Belanda di bandar Kharkiv,” lapor Nieuwsuur.

Pesawat MH17 yang berlepas dari bandar raya Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu oleh kumpulan pemisah pro-Rusia. – Reuters

0 comments:

Post a Comment