Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, October 10, 2014

No Comment



  • Orang ramai diberitahu Ebola hanya berjangkit melalui sentuhan
  • Pakar memberi amaran kemungkinan virus itu boleh berjangkit melalui udara tidak boleh ditolak
  • Jaminan Ebola tidak boleh tersebar melalui udara adalah tidak tepat
  • Ebola telah membunuh 3,800 orang di barat Afrika dan sekurang-kurangnya 8,000 kini dijangkiti virus berkenaan.

Kini, kematian disebabkan oleh Ebola telah mencapai 3,800 dan pakar mula memberikan amaran penyakit itu mungkin boleh bermutasi bagi membolehkan ia menjadi 'airborne' atau dalam makna lain, boleh berjangkit melalui udara.

Sebelum ini, orang ramai diberi tahu oleh pegawai kesihatan bahawa virus yang menyebabkan ebola tidak boleh berjangkit melalui udara dan hanya akan berjangkit sekiranya terdapat sentuhan padacecair yang keluar dari badan mangsa Ebola.

Pakar virus, Charles L. Bailey, yang sebelum ini pernah membantu kerajaan Amerika menyelesaikan masalah Ebola pada tahun 1989 memberitahu LA Times: "Kita tahu yang virus ini berada dalam kahak dan tak ada sesiapa lagi yang pernah membuat kajian bahawa batuk dan bersin mungkin boleh menjadi medium transmisi" - SiakapKeli.com

Sumber : dailymail

0 comments:

Post a Comment